Social Icons

Sample Text

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

INFORMASI SEKOLAH

BAHANG HARI KEUSAHAWANAN SKLA 2012

JOM BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA!!!!

IMG-20121016-WA0000IMG-20121016-WA0003
IMG-20121016-WA0001
IMG-20121016-WA0002

BANYAK LAGI PERMAINAN DAN GERAI-GERAI ISTIMEWA MENANTI ANDA

Tahniah dan Syabas

DSC_0162 DSC_0160

Olahragawan: Luqman b. Mohd Hoszaini

Olahragawati: Nur Farah Husnina bt. Mat Azmi

Tahniah dan syabas kepada Olahragawan dan Olahragawati Sukan SKLA 2012 dan Juara Keseluruhan Rumah Sukan bertepatan dengan MOTO Perdana NO. 1… Menjadi adat setiap pertandingan pasti ada yang kalah dan menang. Semoga SUKAN SKLA bertambah maju dan berdaya saing… SYABAS DAN TAHNIAH sekali lagi.

SURAT MAKLUMAN

MAKLUMAN
 
MAKLUMAN 2
 
# RALAT :-

NO. 6 = Persekolahan sempena hari raya Aidiladha akan dibuka semula pada 29 Oktober 2012 (Isnin).

NO. 9 = Pemulangan dan pengagihan buku teks SPBT 2012/2013.
tahun 5 dan 6 : 29 oktober 2012 (Isnin)
tahun 3 dan 4 : 30 Oktober 2012 (Selasa)
tahun 1 dan 2 : 31 Oktober 2012 (Rabu)
 

PEPERIKSAAN UPSR 2012

 
Peperiksaan UPSR bagi tahun 6 akan bermula :-
TARIKH : 11 – 13 SEPTEMBER 2012
HARI : SELASA – KHAMIS
 
Pihak sekolah memohon jasa baik tuan/puan bagi memastikan kesihatan anak-anak terjamin menjelang peperiksaan.
 
Sempena peperiksaan UPSR, murid akan direhatkan pada :-
TAHAP 1 : 7 SEPTEMBER 2012 (JUMAAT)
TAHAP 1 & 2 : 10 – 13 SEPTEMBER (ISNIN – KHAMIS)
 
Murid-murid akan kembali bersekolah pada 14 September 2012 (Jumaat)

CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 1433H DAN CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN

Makluman kepada semua, sempena Hari Raya Aidilfitri, sekolah akan bercuti mulai 16 Ogos 2012 (Khamis) sehingga 26 Ogos 2012 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 27 Ogos 2012 (Isnin). Harap maklum.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

TARIKH : 15 OGOS 2012
HARI : RABU
SASARAN : SEMUA MURID
MASA : 7.30 a.m – 11.45 a.m
 
 
Semua murid sesi petang dikehendaki hadir ke sesi pagi manakala murid-murid bukan beragama islam direhatkan pada tarikh tersebut.

PROGRAM OP SELAMAT

Published with Blogger-droid v2.0.6

PROGRAM OP SELAMAT

Published with Blogger-droid v2.0.6

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Published with Blogger-droid v2.0.6

WINDOWS 8 RELEASE PREVIEW

Perkembangan os komputer terkini daripada microsoft windows telah hampir lengkap. Dapatkan os secara percuma selagi ia dalam tempoh sehingga bulan 10. Dapatkan upgrade selepas bulan 10 dengan harga yang menawan. Kini dalam Version Release preview yang mana sebelum ini consumer preview. Cubalah… Anda Pasti Terpikat dengan KEHEBATANNYA.

 

NUZUL AL-QURAN

PENUTUPAN KANTIN SEKOLAH

Dimaklumkan kepada semua ibu bapa / penjaga dan murid-murid SK Leftenan Adnan, kantin sekolah akan ditutup sepanjang Bulan Ramadhan.
Marilah bersama-sama mengerjakan puasa dan meningkatkan amal ibadah kita sepanjang bulan yang mulia lagi barakah ini.
 

PENGESAHAN MURID TAHUN 1 2013

Pengesahan murid tahun 1, 2013 SK Leftenan Adnan boleh dilakukan pada :-
 
TARIKH    : SEPANJANG BULAN OGOS 2012
HARI        : ISNIN – JUMAAT
MASA       : 8.00 a.m – 4.30 p.m (WAKTU PEJABAT)
TEMPAT   : PEJABAT SK LEFTENAN ADNAN

SUMBANGAN DERMA

Unit HEM SKLA memohon jasa baik semua warga sekolah untuk menyumbang derma sempena Hari Raya Aidil Fitri 1433H untuk didermakan kepada murid miskin / yatim / piatu.
 
Sumbangan ikhlas boleh diserahkan melalui guru-guru kelas selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 OGOS 2012.

PEMERIKSAAN GIGI, CERAMAH PENJAGAAN GIGI DAN RAWATAN GIGI

Program kesihatan seperti yang dinyatakan di atas akan berlangsung sepanjang tempoh 20 JULAI – OGOS 2012.
Pegawai kesihatan adalah dari Klinik Pergigian Bandar Baru Bangi.
Semua murid pra sekolah, tahun 1 hingga 6 terlibat.
 
DSC_0029

UJIAN FASA 2

Pada minggu ini, pihak sekolah akan mengadakan ujian FASA 2 kepada murid- murid seperti yang berikut :-
 
TARIKH UJIAN : 24 – 26 JULAI 2012
MURID TAHUN : 3 - 6
 
SEMOGA BERJAYA !!

SESI BERSAMA KARANGKRAF

 
SK Leftenan Adnan akan menerima kunjungan dari Kumpulan Media Karangkraf pada 2.8.2012 jam 9.30 pagi – 4.30 petang.
Antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah seperti :-
 
1. JUALAN BUKU-BUKU
2. AKTIVITI BERSAMA PENULIS
3. AKTIVITI BERSAMA MAJALAH EBACA & BINTANG KECIL
4. AKTIVITI MEWARNA TAHAP 1
 
Marilah bersama-sama kita menjayakannya..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

http://yksnegerisembilan.com/wp-content/uploads/2012/07/ramadhan-mubarak.jpg
Kami dari unit ICT SKLA mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga amal ibadah kita diterima dan mendapat barakah daripadaNya. Amin..

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2012

1 Untuk maklumat dan info yang lebih lanjut sila layari http://lapskj-guru.blogspot.com/

MINGGU PUSAT SUMBER 2012

Capture
Untuk maklumat dan info yang lebih lanjut sila layari http://lapskj-pss.blogspot.com/

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Untuk makluman semua, TKRS dari SK Leftenan Adnan akan menyertai pertandingan kawad kaki peringkat NEGERI :-

TARIKH : 14 JULAI 2012

HARI : SABTU

TEMPAT : SK PPR LEMBAH SUBANG, PETALING JAYA, SELANGOR

WAKTU : 8.00 a.m – 5.00 p.m

PESERTA : DIWAKILI 2 PLATUN IAITU SERAMAI 62 ORANG (LELAKI DAN PEREMPUAN)

GURU PEMIMPIN :-

1. LT. KRS RUZAIMIE
2. LT MUDA KRS NIK FAIZAH
3. LT MUDA KRS JUWAIDAH
4. LT MUDA KRS SAZLIN
 
293719_438167969547315_676952454_n
KAMI DI SKLA MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK SEMUA.. SEMOGA BERJAYA !!!!!

TAHNIAH !!!!!

DSC_0708
Seribu ucapan tahniah kepada pasukan TKRS sekolah kita kerana berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam pertandingan kawad kaki peringkat daerah bagi sekolah rendah. GO SKLA GO!!!!!
DSC_0696  DSC_0701

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH (SEKOLAH RENDAH)

Untuk makluman semua, TKRS dari SK Leftenan Adnan akan menyertai pertandingan kawad kaki peringkat daerah :-
TARIKH : 3 JULAI 2012
HARI : SELASA
TEMPAT : SK DUSUN NANDING
WAKTU : 8.00 a.m – 2.00 p.m
PESERTA : DIWAKILI 2 PLATUN IAITU SERAMAI 62 ORANG (LELAKI DAN PEREMPUAN)
GURU PEMIMPIN : EN. RUZAIMIE B. RAZAK
KENDERAAN PESERTA : DISEDIAKAN OLEH BATALION PERTAMA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD)
Desktop1
Di jemput ibu bapa serta guru-guru hadir bagi memberi sokongan.
Marilah kita seluruh warga SKLA berdoa bagi mengiringi para peserta untuk berjuang mencapai kemenangan. Amin..

BORANG KEMASUKAN PRA SEKOLAH 2013

Assalamua'laikum.. Kepada ibu bapa yang ingin memohon bagi kemasukan pra sekolah sesi 2013, anda bolehlah mengambil borang pendaftaran di pejabat atau di Pra Sekolah SK Leftenan Adnan. Terima kasih.

BORANG REKOD PERALATAN

BORANG REKOD
Makluman untuk semua guru SKLA. Perekodan stok gunasama seperti peralatan pendidikan jasmani / sukan / makmal / kemahiran hidup / (contoh : bola, kayu hoki, baju sukan, radas makmal dan peralatan pertukangan) hendaklah direkodkan dan disimpan secara berasingan setelah dikeluarkan daripada rekod stok. Format bagi perekodan stok gunasama disertakan di lampiran B seperti di atas. Semua guru berkaitan boleh mendapatkan borang tersebut di pejabat sekolah.
Sekian, terima kasih.

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Untuk makluman semua, pemeriksaan kesihatan bagi murid Tahun 1 akan dijalankan di SK Leftenan Adnan :-

TARIKH : 12 JUN – 15 JUN 2012
WAKTU : BERMULA JAM 2 PETANG
TEMPAT : BILIK KESIHATAN SKLA
PEGAWAI PERUBATAN : KLINIK KESIHATAN SG CHUA

KHAS UNTUK MURID-MURID SKLA

2641322095_68af3e1ba8
FROM : UNIT ICT SKLA

Jamuan Raja Permaisuri Agong ke-14

jamuan agong negara

Memori Terindah SK Leftenan Adnan Di dalam Jamuan Mesra Kanak-kanak bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.  Tahniah diucapkan atas penglibatan.

LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN LEFTENAN ADNAN

 

[00:09.63]Di Sini Tempatnya Menuntut Ilmu

[00:14.22]Bekalan Di Masa Hadapan

[00:18.82]Panduan Bimbingan Ajaran Guru

[00:23.54]Sentiasa Kami Harapkan

[00:28.17]Marilah Semua Rakan Dan Taulan

[00:32.86]Mengharum Nama Sekolah

[00:37.51]Bidang Pelajaran Juga Permainan

[00:42.17]Bersama Kita Jayakan

[00:46.84]Itulah Harapan Dan Juga Impian

[00:51.41]Yang Mesti Kita Laksanakan

[00:56.06]Semoga Sejarah Tidak Melupakan

[01:00.76]Sekolah Leftenan Adnan

AlumniSKLA

AlumniSKLA

Pengumuman!!!. SK Leftenan Adnan kini telah menubuhkan dengan RASMInya AlumniSKLA di alamat ini.

http://www.facebook.com/pages/AlumniSKLA/186077121505663 

Ianya ditubuhkan untuk menyatupadukan kembali pelajar-pelajar demi kebaikan SK Leftenan Adnan… Bersama Kita Jayakannya.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURASUL

maulidur rasul

Hari : Sabtu

Masa : 7:00 hingga 12:30

 
 
Blogger Templates